monthly poster

Saturday, 24 March 2018

(BAHASA) Penipuan Pendidikan - Suplemen Otak & Genius Pelajar



1. Terdapat pelbagai suplemen vitamin dijual (terutamanya secara online) yang kononnya boleh merangsang perkembangan otak dan menjadi genius. 

2. Mereka menggunakan beberapa 'pelakon' sebagai pemberi testimoni kepada keberkesanan produk mereka. 

3. Tidakkah mereka tahu, bahawa suplemen (terutamanya mengenai perkembangan otak) bersifat sangat khusus dan rawak - berkesan pada sesetengah individu dan tidak pada individu lain

4. Tidakkah mereka tahu bahawa suplemen berkenaan otak hanya boleh diberikan KEPADA PESAKIT OTAK/MENTAL atas nasihat doktor & pakar nutrisi

5. Dan yang paling penting, tidakkah mereka tahu bahawa sehingga kini, tiada kajian saintifik yang menunjukkan kesimpulan konkrit berkenaan zat/vitamin/suplemen tertentu yang boleh menyebabkan anak menjadi genius

6. Penjual produk ini adalah charlatan yang bermain dengan harapan ibubapa untuk melihat kejayaan anak mereka dalam jangkamasa pendek.   

7. Untuk mengatasi penipuan ini, saya ingin tekankan 5 perkara:

-----------------------------------------------------------------------------
a. Semua anak adalah genius dalam hal tertentu. Bergantung kepada ibubapa untuk mendorong kepada perkembangan genius anak mereka.

b. Menurut kajian Universiti Harvard, perkembangan  otak kanak-kanak bergantung kepada dua faktor kritikal - emosi & persekitaran. Ibubapa perlu mewujudkan keadaan ini seperti persekitaran senyap, kritikan membina, kurangkan stres, ibubapa sendiri suka membaca & sentiasa berbincang mengenai hal ilmiah.

c. Anak-anak berjaya kerana memiliki imej kendiri (self-image) yang positif. Ini boleh dicapai secara konkrit jika anak percaya bahawa kejayaan berpunca daripada usaha mereka sendiri, bukan kerana faktor luaran (seperti dilahirkan genius). Maka, ibubapa perlu memuji usaha ("Kamu bagus kerana selalu belajar selepas solat") dan bukan faktor genius ("Kamu memang pandai, kamu dapat A). 

d. Menurut Universiti Harvard juga, senaman dan gaya hidup aktif adalah terbukti dapat merangsang perkembangan otak anak-anak yang sedang membesar. Semua ini adalah percuma - cukup rehat, bermain bersama anak anda di taman permainan dan mengambil pemakanan sihat di rumah!

e. Akhir sekali, semua ini hendaklah dilakukan secara berterusan, bukan ketika hendak peperiksaan sahaja. Ini penting supaya tabiat anak-anak suka kepada ilmu akan berterusan sehingga ke peringkat menengah dan universiti.
-----------------------------------------------------------------------------

8. Secara kesimpulannya, ibubapa perlu melakukan perkara demikian untuk melahirkan generasi genius:

a. Sentiasa berdiskusi dengan anak mengenai pengetahuan am, terutamanya berkenaan sains.
b. Menekankan kepimpinan melalui tauladan - sentiasa membaca buku depan anak2 dan kurangkan pengunaan telefon bimbit.
c.  Mewujudkan emosi positif dalam pembelajaran anak-anak (pujian, dorongan, ganjaran, teguran membina, etc.)
d. Mengajak anak beriadah (jogging, berbasikal, bersukan, etc.).

9. Diharap ibubapa terus berfikiran kritikal dan tidak terpedaya lagi dengan promosi pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menjual produk suplemen mereka.


-Cikgu Heery (M.Ed.)

2 comments:

  1. Wow..penulisan yang terbaik ni Cikgu..semoga cikgu teruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa kita!

    ReplyDelete
  2. laaa, ko ke chap. ingat sape tadi. haha, tapi ko lagi hebat.

    ReplyDelete