monthly poster

Saturday, 13 May 2017

(BAHASA) REVISI KOMIK - 5 Perbezaan Utama Pengangkutan Aktif & Pasif (UPDATED FOR SPM 2017)

Pelajar sudah tahu tentang pengangkutan aktif (PA) dalam entri saya sebelum ini di sini

Di sini, pelajar dapat senaraikan dengan mudah 5 ciri PA, menggunakan diagram di bawah:
"kena kejar bini ngamok!"
-------------------------------------------------------------------------------------------
1. PA menggunakan tenaga dalam bentuk ATP. (naik gelongsor).
2. Bahan meresap dari kawasan kepekatan rendah ke tinggi.
3. PA melawan kecerunan kepekatan (naik gelongsor).
4. PA hanya berlaku dalam sel hidup.
5. PA berlaku sehingga satu bahagian mengandungi semua bahan (0% --> 100%).
------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana pula dengan Pengangkutan Pasif? (PP)?

Lihat diagram di bawah:
"main gelongsor masuk gaung"

Senaraikan 5 ciri PP:
---------------------------------------------------------------------------------------------
1. PP tidak mengunakan tenaga (turun gelongsor).
2. Bahan meresap dari kawasan kepekatan tinggi ke rendah.
3. PP menuruni kecerunan kepekatan (turun gelongsor).
4. PP berlaku dalam sel hidup & sistem bukan hidup (mcm mesin).
5. PP berlaku sehingga keseimbangan tercapai  (50% <---> 50%).
----------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga Maju Jaya!

1 comment: