Most Sought After Biology Notes

Most Sought After Biology Notes

monthly poster

monthly poster

Monday, 18 February 2013

Adakah Komputer akan Ganti Cikgu?

Merujuk kepada hasil kajian Zhang et al. yang berjudul Can E-Learning Replace Classroom Learning yang diterbitkan dalam journal Communications of the ACM keluaran Mei 2004, mereka menimbulkan isu bahawa e-learning yang akan menggantikan pembelajaran tradisional di dalam kelas.

Saya tergerak untuk menulis kerana artikel ini cukup berpengaruh apabila dibaca semasa saya menjalankan kajian kursus di OUM.


Hasil kajian mereka mendapati pelajar yang belajar menerusi e-learning (dengan menggunakan komputer dan internet) didapati mendapat markah lebih tinggi daripada mereka yang belajar secara terus daripada guru.


Mereka memberi kesimpulan yang guru tidak mungkin akan digantikan secara total oleh komputer, tetapi pada masa depan, komputer akan menjadi medium yang penting kepada pembelajaran murid-murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator di mana mereka hanya menjadi rujukan pelajar.

Dan pembelajaran begini sesuai untuk untuk pendidikan menengah dan ke atas.

Komen saya: Setuju dengan kajian mereka. Tetapi, mungkin lambat lagi untuk Malaysia mencapai tahap sebegini kerana budaya belajar demi ilmu masih bukan rutin sekolah kita. Tetapi boleh diterapkan secara beransur-ansur di peringkat menengah atas. kerana jika diberi komputer tablet seorang satu sekarang kepada murid PMR, guru berbuih mengajar tetapi ada murid yang main game :-p

1 comment: